Showing posts with label lee dewyze. Show all posts
Showing posts with label lee dewyze. Show all posts

Wednesday, May 26, 2010

Did Mama Sox Out-shine Lee?

Persembahan konsert akhir untuk American Idol musim ke-9 ini sedikit mengecewakan. Mungkin juga kerana Adam Lambert & Kris Allen telah meletakan satu standard persembahan yang begitu tinggi pada tahun lepas, persembahan kedua-dua finalis tahun ini Crystal & Lee sedikit Hambar. Namun, bakat dan kelainan yang ada pada kedua-dua peserta ini bukanlah satu pertikaian dan sejak dari mula mereka sememangnya layak untuk bertarung di pentas akhir ini.

Tapi mungkinkah nyanyian & persembahan Crystal @ Mama Sox ini sedikit menyerlah berbanding juara pilihan Lee Dewyze? Semuanya bergantung kepada undian rakyat Amerika itu sendiri.

Menyanyikan 3 buah lagu setiap seorang. Lagu pertama pilihan peserta, kedua pilihan penerbit dan lagu terakhir adalah single pertama yang akan dikeluarkan jika mereka bergelar Idola Amerika yang terbaru.


1. Me and Bobby McGhee
2. Black Velvet
3. Up to The Mountain


1. The Boxer
2. Everybody Hurts
3. Beautiful Day

Mengambil kira komen terakhir daripada Juri Simon Cowell yang juga merupakan tahun terakhir beliau bersama rancangan ini. "Outstanding" kepada peserta Bowersox, mungkinkah 2010 menyaksikan satu lagi juara wanita mengikuti jejak Kelly Clarkson, Fantasia Barrino, Carrie Underwood & Jordin Sparks akan dinobatkan sebagai idola dan juara American Idol pada musim ini.

Kita Saksi & nantikan keputusannya esok!


P/S tidak kisah siapa yang menang & Persembahan Will Young - Fall Any Deeper, menyentuh perasaan!

Monday, May 24, 2010

Season 9 Finale

Jangan Ketinggalan untuk menyaksikan Final American Idol untuk musim ini di Saluran
Star World melalui Satellite pada pukul 6 PM (saluran 711 astro) Rabu ini 26 Mei 2010. Siapakah antara Lee Dewyze atau Cyrstal Bowesox yang akan bergelar Idola Amerika yang terbaru.

 
Dan untuk menyaksikan kemunculan terakhir Simon Cowell sebagai juri tetap dalam American Idol. (ohh..we really gonna miss him)


 

                 Juara Pilihan Penulis sejak dari mula ialah  Lee Dewyze   * woot wooot                  

Maklumat lanjut & imej AmericanIdol.com