Sebagai peringatan untuk semua & Diri Sendiri
*Artikel - Tazkirah diambil dari Portal komuniti Muslimah
Orang yang meninggalkan sembahyang disebabkan malas,sibuk dengan urusan dunia serta menurut hawa nafsu dan was-was syaitan. Ulama berselisih pendapat tentang orang ini. Teruskan membaca ....
Hukum Orang Yang Meninggalkan Sembahyang
Fatwa Muasyirah Dr. Yusuf Qardhawi
Soalan:
Soalan ini datangnya dari Kaherah.
"Seorang lelaki Arab mendakwa dirinya muslim, tetapi
dia tidak mengerjakan sembahyang atau puasa sepanjang
hidupnya. Adakah wajib memberi salam kepadanya? Adakah
wajib menyembahyangkan jenazahnya apabila dia
meninggal dunia?"
Soalan dari Doha pula berbunyi:
"Apakah hukum orang yang meninggalkan sembahyang?"
Jawapan:
Apakah pendapat anda terhadap seorang pegawai yang
dilantik oleh sebuah badan untuk menjalankan tugas
tertentu seperti yang diharapkan oleh pengarahnya,
yang mana dia bertanggungjawab terhadap tugas
tersebut, tetapi kadang-kadang dia ponteng, sehari
atau beberapa jam dalam sehari, sedangkan dia boleh
melakukannya, tidak sakit atau dipaksa?
Anggota Majlis Fatwa berselisih pendapat tentang
pegawai ini. Sebahagiannya berpendapat bahawa dia cuai
dalam tugas dan patut dipecat, manakala sebahagian
lagi mengatakan yang dia patut dikenakan hukuman lain,
selain daripada dipecat itu, selagi dia tidak
meringan-ringankan tugasnya.
Contoh ini menjelaskan kepada kita pendirian ulama
Islam terhadap seorang muslim yang tidak beribadat
dengan sengaja, khususnya sembahyang fardu.
Sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa tugas
pertama seorang muslim, bahkan seorang manusia di
dalam hidup ialah beribadat kepada Allah. Meninggalkan
ibadat bererti dia tidak berhak menggunakan nama Islam
atau berlindung di bawah naungannya.
Pendapat ini disokong oleh sebuah hadis sahih:
"Di antara seorang lelaki dan kekufuran ialah
meninggalkan sembahyang." Muslim, Abu Daud, Tirmizi,
Ibnu Majah dan Ahmad
"Janji (perbezaan) di antara kita (orang Islam) dan
mereka (orang kafir) ialah meninggalkan sembahyang.
Sesiapa yang meniggalkan sembahyang, bererti dia telah
kafir." Ahmad dan Ashabus Sunan)
Yang lain pula berpendapat bahawa apabila dia telah
ingkar dan meringan-ringankan perkara fardu, tetapi
kemudian mengakui kecuaiannya, menyesal serta
cenderung untuk bertaubat, dia masih lagi berlindung
di bawah naungan Islam dan masih lagi seorang muslim.
Justeru itu, orang yang meninggalkan sembahyang ada
dua jenis:
Pertama
Orang yang meninggalkan sembahyang kerana
meringan-ringankannya, mengingkari kewajipannya serta
menghina kesuciannya. Orang ini kafir dan murtad. Ini
disebabkan kewajipan dan kedudukan sembahyang di dalam
Islam memang telah diketahui. Setiap orang yang
mengingkari dan meringan-ringankannya bererti telah
mendustakan Allah dan Rasul-Nya. Tidak ada di dalam
hatinya walau sedikit pun iman.
Inilah orang kafir seperti yang digambarkan oleh Allah
menerusi firman-Nya:
"Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan
sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai
ejekan. Yang demikian itu ialah kerana mereka adalah
kaum yang tidak berakal." Al-Maidah 58
Dari sini kita dapat melihat kedudukan mereka yang
menghina orang-orang yang mengerjakan sembahyang serta
menganggap sembahyang dan ibadat itu lambang
kemunduran.
Kedua
Orang yang meninggalkan sembahyang disebabkan malas,
sibuk dengan urusan dunia serta menurut hawa nafsu dan
was-was syaitan. Ulama berselisih pendapat tentang
orang ini.
Adakah dia kafir atau fasik? Kalau fasik, adakah dia
boleh dibunuh, dipukul atau dikurung sebagai taazir?
Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa orang ini fasik
kerana meninggalkan sembahyang, dan sebagai
pengajarannya, dia wajib dipukul dengan kuat sehingga
mengalir darah dan dikurung sehingga dia mendirikan
sembahyang. Begitu juga halnya dengan orang yang
meninggalkan puasa Ramadan.
Imam Malik dan Syafii pula mengatakan bahawa orang
seperti itu fasik sahaja, tidak kafir, tetapi tidak
cukup hanya dengan merotan dan mengurungnya, malah
hendaklah dibunuh jika dia terus-menerus meninggalkan
sembahyang.
Imam Ahmad berkata dalam riwayatnya yang masyhur:
"Orang yang meninggalkan sembahyang itu kafir dan dia
telah keluar dari Islam. Tiada hukuman lain selain
daripada bunuh. Dia mesti disuruh bertaubat kepada
Allah dan kembali kepada Islam dengan menunaikan
sembahyang. Jika dia enggan, dia mesti dibunuh."
Apa yang nyata, nas al-Quran dan sunah secara zahir
menyokong pendapat yang diberikan oleh Imam Ahmad bin
Hambal, Ishak bin Rahawaih dan lain-lain.
Al-Quran menganggap meninggalkan sembahyang adalah
ciri-ciri orang kafir.
Firman Allah:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar),
taatlah dan kerjakanlah sembahyang, mereka enggan
mengerjakannya." (Al-Mursalat 48
Ketika menggambarkan keadaan mereka pada hari kiamat,
Allah berfirman:
(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman)
akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat),
dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya,(dalam
keadaan) pandangan mereka tunduk, dan mereka diliputi
kehinaan. Dan sesungguhnya mereka di dunia dahulu
telah pun diseru supaya bersujud (tetapi mereka
enggan), sedangkan mereka berada di dalam keadaan
sihat." (Al-Qalam: 42-43)
Mereka tiada hak di dalam persaudaraan Islam, kecuali
orang yang bertaubat daripada syirik, mendirikan
sembahyang serta mengeluarkan zakat.
Keadaan orang musyrik digambarkan di dalam firman
Allah:
"Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu
maka bunuhlah orang-orang musyrik itu dimana sahaja kamu menemuinya,
dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka,
serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya.
Kemudian jika mereka bertaubat daripada kekufuran dan
mendirikan sembahyang serta memberikan zakat, maka
biarkanlah mereka (jangan diganggu)." (At-Taubah: 5)
"(Oleh itu) jika mereka bertaubat daripada kekufuran
dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, mereka
adalah saudara seagama kamu." (At-Taubah: 11)
Al-Quran juga telah menceritakan kepada kita gambaran
hari kiamat di mana orang-orang kafir yang bersalah
dimasukkan ke dalam neraka Saqar, dan orang-orang
beriman yang menerima buku amalan mereka dengan tangan
kanan bertanya kepada mereka:
"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka
Saqar?"
Mereka menjawab:
"Kami tidak termasuk ke dalam kumpulan orang yang
mengerjakan sembahyang dan kami tidak pernah memberi
orang miskin makan, dan kami dahulu selalu mengambil
bahagian dalam memperkatakan perkara yang salah,
bersama-sama orang yang memperkatakannya dan kami
sentiasa mendustakan hari pembalasan."
Tanda pertama kekufuran dan kejahatan mereka ialah
mereka bukan daripada golongan orang yang sembahyang.
Apabila kita merujuk kepada sunah, kita akan dapati
hadis-hadis yang menyokong pengkafiran orang yang
meninggalkan sembahyang.
Daripada Jabir, Nabi saw. bahawa bersabda yang
bermaksud:
"Di antara seorang manusia dan kekufuran ialah
meninggalkan sembahyang." (Muslim)
Daripada Baridah, Nabi saw. bersabda yang bermaksud:
"Janji (perbezaan) di antara kita (orang Islam) dan
mereka (orang kafir) ialah meninggalkan sembahyang.
Sesiapa yang meninggalkannya, sesungguhnya dia telah
kafir."
Daripada Muaz bin Jabal pula, bahawa Nabi saw.
bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kamu meninggalkan sembahyang dengan
sengaja. Sesungguhnya orang yang meninggalkan
sembahyang dengan sengaja telah melepaskan dirinya
daripada tanggungan Allah."
Daripada Abdullah bin Umar, bahawa pada suatu hari
Nabi saw. menyebut tentang sembahyang dan baginda
bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang menjaganya, maka baginya cahaya,
petunjuk dan pertolongan pada hari akhirat. Sesiapa
yang tidak menjaganya, maka tiadalah baginya cahaya,
petunjuk atau pun pertolongan, dan pada hari kiamat,
dia akan bersama dengan Qarun, Firaun, Haman dan Ubai
bin Halaf." (Diriwayatkan oleh Ahmad, dan menurut
Al-Haithami, periwayatnya boleh dipercayai.)
Ibnu Al-Qaiyim pula berkata:
"Sesiapa yang disibukkan oleh kekuasaannya daripada
menunaikan sembahyang, dia akan berhimpun dengan
Firaun; sesiapa yang disibukkan oleh hartanya, dia
akan berkumpul dengan Qarun; sesiapa yang disibukkan
oleh pangkatnya, dia akan berkumpul bersama Haman; dan
sesiapa yang disibukkan oleh perniagaannya, nescaya
dia akan berkumpul dengan Ubai bin Halaf."
Apabila orang yang tidak menjaga sembahyangnya
dikumpulkan dengan orang-orang kafir yang sebegitu,
iaitu kumpulan yang paling teruk diazab, bagaimana
pula dengan mereka yang meninggalkannya secara mutlak
dan sepanjang hidupnya tidak pernah sujud kepada
Allah?
Nabi Muhammad saw. bersabda yang bermaksud:
"Siapa yang meninggalkan sembahyang Asar, akan
rosaklah amalannya."
Jika hanya meninggalkan satu sembahyang sudah
merosakkan amalan, bagaimana dengan meninggalkan
seluruh sembahyang?
Al-Quran juga menceritakan tentang orang-orang
munafik, bahawa apabila mereka bersembahyang, mereka
mengerjakannya dengan malas. Jadi, bagaimana dengan
orang yang tidak mengerjakannya langsung?
Demikianlah ayat Quran dan hadis-hadis mengenai orang
yang tidak mengerjakan sembahyang.
Justeru itu, para sahabat bersepakat mengkafirkan
orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan
menganggap mereka telah pun terkeluar daripada Islam.
Tirmizi meriwayatkan daripada Abdullah bin Syaqiq
Al-Ugaili .a., katanya:
"Para sahabat Nabi berpendapat bahawa tiada suatu
amalan pun yang apabila ditinggalkan, akan
mengkafirkan seseorang kecuali sembahyang."
Berikut ini pula ialah apa yang diriwayatkan oleh para
periwayat athar daripada kalangan sahabat, tabiin dan
ahli-ahli hadis.
Ali .a berkata yang bermaksud:
"Sesiapa yang tidak sembahyang, dia adalah seorang
kafir."
Daripada Ibnu Abbas yang bermaksud:
"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang sesungguhnya dia
telah kafir.
Daripada Ibnu Mas'ud yang bermaksud:
"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang, dia tidak
mempunyai agama."
Daripada Jabir bin Abdullah yang bermaksud:

kafir." Daripada Abu Darda'. "Orang yang tidak
sembahyang tidak beriman, dan orang yang tidak
berwuduk tidak sembahyang."
Muhammad bin Nasr Al-Maruzi, ketika menulis di dalam
bukunya mengenai sembahyang, berkata: "Aku mendengar
Ishak, iaitu Abu Rahawaih berkata: 'Disahkan oleh Nabi
bahawa orang yang meninggalkan sembahyang itu kafir.
Demikian juga pendapat para ulama di sisi Nabi saw.
bahawa orang yang meninggalkan sembahyang secara
sengaja tanpa sebarang keuzuran sehingga habis waktu
adalah kafir."'
Ayub As-Sakhtiani berkata: "Meninggalkan sembahyang
adalah kufur yang tidak dipertikaikan lagi."
Al-Hafiz Al-Munziri pula berkata: "Sekumpulan sahabat
dan mereka yang selepasnya berpendapat bahawa orang
yang meninggalkan sembahyang secara sengaja adalah
kafir kerana membiarkan waktunya luput. Di antara
mereka yang mengatakan demikian ialah Umar bin
Al-Khatab, Abdullah bin Mas'ud, Abdullah bin Abbas,
Muaz bin Jabal, Jabir bin Abdullah dan Abu Darda'.
Manakala dari kalangan bukan sahabat ialah Ahmad bin
Hambal, Ishak bin Rahawaih, Abdullah bin Al-Mubarak,
Nakha'i, Hakam bin Utaibah, Ayub bin As-Sakhtiani, Abu
Daud At-Tayyalisi, Abu Bakar bin Abi Syaibah, Zuhair
bin Harb dan lain-lain."
Demikianlah yang diriwayatkan oleh mereka tentang
kafirnya orang yang meninggalkan satu sembahyang
dengan sengaja sehingga habis waktu. Jadi, bagaimana
pula pendapat mereka tentang orang yang menghabiskan
usianya sepanjang tahun tanpa sujud kepada Allah
walaupun sehari?
Inilah yang dikatakan mengenai orang yang meninggalkan
sembahyang. Jika dia meninggalkannya kerana ingkar dan
meringan-ringankan kewajipannya, orang itu kafir. Jika
di sebaliknya, maka sama ada dia kafir atau murtad
sebagaimana yang disebut oleh hadis-hadis terdahulu
dan fatwa para sahabat serta orang yang selepasnya,
atau pun dia fasik dan jauh dari Allah.
Pendapat yang paling 'moderate' dalam hal ini ialah
orang itu fasik yang mungkin menjadi kufur. Dosa-dosa
saling berkaitan antara satu sama lain - dosa kecil
akan membawa kepada kekufuran.
Justeru itu wajib bagi setiap orang yang mengaku
muslim bertaubat kepada Allah, memperbaiki dirinya dan
sentiasa mengerjakan sembahyang.
Mengenai orang yang meninggalkan sembahyang, Ibnu
Taimiah berpendapat tidak harus memberi salam
kepadanya atau menerima jemputannya.
Begitu juga, seorang bapa tidak harus mengahwinkan
anak perempuannya dengan orang yang meninggalkan
sembahyang, kerana orang itu pada hakikatnya bukanlah
seorang Islam, tidak layak bagi anak perempuan
tersebut serta tidak boleh menjaminnya dan
anak-anaknya.
Pengurus sesebuah organisasi juga tidak harus
mengambil orang yang meninggalkan sembahyang sebagai
pekerjanya kerana pada hakikatnya dia membantu orang
itu dengan rezeki Allah untuk mengingkari-Nya.
Di sini jelaslah bagaimana tanggungjawab masyarakat
terhadap kewajipan sembahyang yang menjadi tiang agama
ini. Allah tidak mengecualikan seorang pun daripada
kewajipan ini melainkan dia menghidap sakit yang
menjejaskan ingatannya dan menyebabkannya tidak faham
sebarang percakapan. Selain daripada penyakit ini,
sembahyang tetap wajib, sekalipun terpaksa
mengerjakannya secara duduk atau dalam keadaan lemah.
Kepada pesakit, syarak menjelaskan: Hendaklah kamu
bersuci dan mengerjakan sembahyang setakat yang mampu.
Janganlah kamu meninggalkan sembahyang, bersucilah
dengan air, jika tiada, bertayamumlah dengan tanah
yang bersih.
Sembahyanglah dalam keadaan berdiri, jika tidak
berdaya hendaklah dengan duduk, jika tidak mampu juga
mengiringlah atas, lambunganmu, atau berbaring dan
memberi isyarat dengan kepala atau dengan keningmu.
Firman Allah:
"Bertakwalah kepada Allah setakat yang kamu mampu
(Al-Taghabun: 16)
Oleh itu apabila ada orang yang enggan mengerjakan
sembahyang, tanggungjawab terletak di bahu masyarakat,
lebih-lebih lagilah kerajaan atau orang yang ada
hubungan secara langsung dengannya, seperti bapa
terhadap anaknya dan suami terhadap isterinya.
Firman Allah:
"Dan perintahkanlah ahli keluargamu bersembahyang dan
bersabarlah dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta
rezeki daripadamu. Kamilah yang memberi rezeki
kepadamu. Dan abbat (yang baik) itu adalah bagi orang
yang bertakwa." (Taha: 132)
Nabi saw. bersabda yang bermaksud:
"Suruhlah anakmu mengerjakan sembahyang ketika mereka
berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka jika mereka
enggan ketika berusia sepuluh tahun."
(Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Hakim dengan
sanad yang sahih.)
Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan
keluargamu daripada api neraka yang punca bakarnya
ialah manusia dan batu-batan."
(At-Tahrim: 6)
Oleh itu, sekiranya seorang suami sayangkan isterinya
dan mengambil berat akan dirinya, dan sekiranya
seorang bapa mengambil berat serta sayangkan
anak-anaknya, hendaklah dia menjauhkan mereka daripada
api neraka serta menyuruh terutamanya mereka taat
kepada perintah Allah, bersembahyang.
Soalan seterusnya datang daripada seorang lelaki
berbangsa Kuwait yang bertanya tentang orang yang
meninggalkan sembahyang. Jika dia meninggal dunia,
adakah jenazahnya harus disembahyangkan atau tidak?
Jawapannya bergantung kepada sama ada dia kafir atau
fasik.
Ulama yang mengatakan dia fasik berpendapat:
"Jika dia mati di dalam Islam, dia disembahyangkan dan
dikebumikan bersama orang Islam yang lain dan
urusannya diserahkan kepada Allah."
Ulama yang berpendapat dia kafir pula, seperti Imam
Ahmad bin Hambal dan lain-lain mengatakan bahawa dia
tidak harus disembahyangkan atau dikebumikan di kubur
orang Islam.
Pendapat yang lebih sahih daripada Imam Ahmad
mengatakan bahawa dia tidak dihukum kafir melainkan
jika dia telah pun diajak oleh imam atau pembantunya
seperti qadi tetapi dia enggan. Jika tidak, dia
tidaklah kafir dan urusannya diserahkan kepada Allah.
Abu Yaala meriwayatkan dengan sanad yang hasan
daripada Ibnu Abbas, daripada Hamad bin Zaid, bahawa
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Islam dan kaedah agama itu tetegak melalui tiga
perkara. Sesiapa yang meninggalkan salah satu
daripadanya bererti dia telah kufur dan halal
darahnya. Tiga perkara itu salah: mengucap dua kalimah
syahadah, sembahyang fardu dan puasa pada bulan
Ramadan."
Cukuplah hadis ini dan contoh-contohnyanya sebagai
peringatan kepada orang yang mempunyai iman di hatinya
walaupun sedikit. Allah tetap berkata benar dan Dialah
yang memberi petunjuk ke arah jalan yang sebenarnya.

dan dengarlah serta taatlah,
dan infakkanlah harta yang baik untuk dirimu.
Dan barangsiapa dijaga dirinya dari kekikiran,
mereka itulah orang-orang yang beruntun” (Al-Taghabun: 16)

O My Lord.
I don’t deserve Thy blessings of paradise,
yet, I don’t have enough strength to withstand Thy torments of fire,
Thus, accept my repentance,
and grang me Thy forgiveness for my sins,
For Thou art The Forgiver of great sins.

EmoticonEmoticon