Marilah kita bersama-sama menilai tahap solat kita berdasarkan 8 peringkat solat berikut kerana ibadah solat yang boleh membangunkan jiwa,membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 6,7,8 saja. Manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. Di manakah tahap solat kita? Mari kita memperbaikilah diri dan solat kita mulai sekarang.
1. Solat Ikut-ikutan:
Orang yang mengerjakan solat secara zahir saja. Bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi tidak ada. Ilmu tentang solat tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah SWT.
2. Solat Ikut Selera:
Orang yang mengerjakan solat, bahkan tahu ilmu mengenai solat, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap solat, sekejap tidak. Kalau ada masa dan selera baik ia solat, kalau sibuk pada program kenduri, berziarah,bermusafir, letih dan penat, maka ia tidak solat. Orang ini jatuh fasik.
3. Solat yang Lalai:Orang yang solat, walaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tidak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tidak faham,fikirannya itu disebabkan tidak memahami apa yang dibaca. Cuma sekadar hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam solat, orang ini lalai dalam solat.
4. Solat awam:Golongan yang mengerjakan solat cukup lima waktu,tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihahnya, doa iftitah, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam solat itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, sekadar faham sahaja tapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai solat orang awam.
5. Solat Orang yang Lalai:Golongan ini lebih baik dari golongan yang ke empat tadi, tetapi main tarik tali di dalam solatnya, sekala –sekala khusyuk, sekali-sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterunya. Bila teringat Allah, secara tiba-tiba akan insaf dan sedarlah semula, cuba di bawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam solatnya. Begitulah sehingga selesai solatnya. Ia merintih dan tidak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua.
Golongan ini golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula,tapi masih tidak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai solat itu. Ertinya solatnya tidak memberi kesan apa-apa.
6. Solat Orang Soleh:Golongan yang mengerjakan solat yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi solatnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam solatnya. Golongan ini di sebut golongan soleh/ golongan abrar/ ashabul yamin.
7. Solat Golongan Muqarrabin:
Golongan ini seperti golongan 7 (solat orang soleh) jugatetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tidak mengingati dunia di dalam solatnya,malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaannya itu,pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada hujung sujudnya dan setiap gerak-gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya.Tidak teringat langsung pada dunia walaupun sedikit. Tapi ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam solatnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Muqarrabin (yang hampir dengan Allah).
8. Solat Golongan Siddiqin:Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah solat itu dijiwai di dalam solat,malahan ia dapat mempengaruhi di luar solat. Kalau ia bermasalah, langsung ia solat,kerana ia yakin solat penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan solat. Solat telah menjadi penyejuk hatinya. Ia dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti solat Saidina Ali ketika panah terpacak di betisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan solat dulu,maka di dalam solat itulah panah itu dicabut.
Mereka telah mabuk dengan solat. Makin banyak solat,makin lazat,solatlah cara mereka melepaskan rindu pada Allah. Alam sekelilingnya langsung tidak dihiraukan. Hatinya hanya pada Allah. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan hak.
Sumber :
Buku Keajaiban & Mukjizat Cinta kepada Allah
Dr Aidh Abdullah Al-Qarni
& Iffah Muhsin Halaqah.net

EmoticonEmoticon